Tahniah pada Kak Z!

Sedang saya diulit mimpi, saya dikejutkan oleh bunyi telefon bimbit. Alamak, SMS dari Singapura. Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Alahai, melayura....inikah balasan saya kerana pernah menelefon kamu pada pukul 3 pagi? Tetapi rungutan saya bertukar menjadi ketawa berdekah-dekah. Rupa-rupanya jawaban-jawaban yang telah saya diberikan kepada wartawan Berita Harian telah pun dijadikan satu artikel.

Aduhai malunya saya! Sudah terpampang di akhar nasional betapa teruknya penggunaan Bahasa Melayu saya. Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf dari guru-guru Bahasa Melayu saya. Minta maaf, ye, cikgu?

Berbual tentang Bahasa, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Kak Z, yang telahpun mendapat ijazah Sarjana dalam Sastera Melayu Tradisional Saya amat kagum dengan perjuangan Kak Z dan suaminya mendalami dan mengkukuhi penghayatan bahasa dan budaya Melayu. Tidak disangka-sangka ada banyak manuskrip Melayu lama di British Library termasuk tulisan Munshi Abdullah dan syair dari abad 18 yang merupakan asas thesis Kak Z. Syair itu meriwayatkan politik istana berselang dengan percintaan antara Sultan Johor dan permaisuri Patani. (Kak Z, kalau petikan saya ni salah, tolong betulkan, ye?).

Menurut Kak Z, bukan sahaja British Library, ramai lagi museum dan perpustakaan di rantau Eropah mempunyai manuskrip Melayu lama. Tercetus persoalan dalam hati saya, berapa banyaknya manuskrip lama melayu yang ada di Arkib Negara Singapura?

Dan mentor Kak Z semasa menjalani kursus ijazah ini adalah professor terkemuka dalam bidang sastera tradisional melayu, Professor V Braginsky, seorang keturunan Russia. Pada Kak Z, dia tidak merasa malu lagi mempelajari pendalaman sastera melayu dari seorang yang bukan Melayu kerana pokoknya, dia dapat menimba ilmu. Jikalau seorang bukan Melayu boleh begitu cinta dengan Bahasa Melayu, adakah terlalu berat untuk kita turut mencintai bahasa ibunda kita?

6 comments:

yuRa said...

saya minta maaf. sungguh! tak terlintas langsung untuk 'membalas dendam' hahaha.

saya terlalu ghairah lah. sebab itu, saya terus saja sms awak. langsung saya lupa tentang perbezaan masa di antara kita! haha. jangan marah ya. :) saya tumpang bangga.

melayudilondon said...

tak marah..... takut kena jual..

Nani said...

Saya terbaca atikel di BH tu... dan saya pun SMS Ayu. Kencang! Saya boleh simpankan keratan akhbar tu...nanti kalau awak senang-senang balik singapore bolehlah saya beri awak heh...

Nani said...

Nampak-nampaknya orang bangsa lain yang selalunya berminat mendalami tentang bangsa kita sampai peringkat `prof'. Semasa di NUS dulu pun, tutor Malay Studies adalah orang Perancis..

Kak Teh said...

sungguh terhari kak teh/kakz baca ada entri yang ditujukan kepada saya...terima kasih! bolehlah kakteh/kakz belanja mee bandung nanti.

melayudilondon said...

mee bandung tak mao.. nak sambal ketam jugak