Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

Roti Boyan Orang London Malas

Dah lama sangat tak makan roti boyan ni. Ikut bertahun jugak. Masih balik Singapura sewaktu Ramadan, begitu gembira nampak roti boyan begitu gah dijual di Bazaar Geylang. Sebenarnya saya lama tak masak kerana malas dan tak faham nak uli bahan untuk kulit tepung tu. Tengah belek-belek resepi, terlintas pulak ide untuk menggunakan roti canai segera. Inilah roti boyan orang London malas.....




Bahan-Bahan
Isi ayam diperap dgn lada putih & garam sedikit.
2 Kentang sederhana besar
1 bawang merah dihiris dadu kecil
daun sup dan bawang sedikit kalau suka
4 biji telur
kulit roti prata segara
garam dan lada putih


Cara membuat
Isi ayam digoreng dengan minyak sedikit dan ketepikan. Kentang dikupas kulit, dipotong dadu dan di rebus sampai masak. Tos dan lenyek kentang yang dah dimasak. Masukkan ayam, daun sup, daun bawang, bawang merah, pecahkan telur dan lenyek lagi. Tambah garam and lada putih secukup rasa.

Ambil kulit roti prata segera yang dah di nyah beku. Letak isi ditengah. Lapik lagi satu kulit di atas and kelim tepi seperti epok-epok. Goreng dgn minyak sedikit hingga kekuning-kuningan.



Sedap dicicah dgn sambal ikan bilis. Kalau tak ada tu, sila lah bikin sambal cili segera ni.

Sambal segara serbaguna
Cili merah hidup 5 batang, dikisar. Campur tomato sos dan sos cili bawang putih. Tambah gula secukup rasa dan sedikit air panas untuk mencairkan sambal. Sambal ni sedap juga kalau makan dgn roti john dan yong tau foo.

Geram!

Eeeeee boring! Bosan betul lah!
Pernah tak masak ikut resepi tapi rasanya... sungguh tak sedap.

Dah berbulan saya nak makan rojak mamak atau pasembor. Kalau pasal bahan-bahan nak cicah tu, senang je lah nak bikin. Ni kuahnya ni. Macam mana nak buat yang sedap sehingga menjilat kaki? Kalau boleh, yang rasanya akan-akan kuah rojak india singapore. Yang berwarna oren menyala tu. Kalau kena baju, gerenti susah nak cuci.

Tinjau punya tinjau ada juga dua tiga resepi. Yang saya pilih adalah "Dari dapur Mami". Bukan main banyak bahan nak bikin kuah - ada epal hijau, epal merah, tomato hidup, nenas sehiris, oats lagi. Dah bikin satu periuk besar! Rasanya? Masam tak terhingga! Dah letak gula dan bermacam-macam lagi masih tak sedap. Sedap buang dalam tong sampah saja.

Cuba lagi resepi lain tapi masih tak betul jugak. Isyhhh... dah tahap ni dapur macam kilang petai kena bom. Nak tak nak, sedap tak sedap kena telan juga dahhh.....

Pening Lalat

Kenapalah kalau sedang hamil ni, macam-macam lah terasa. Nak makan ini lah, nak terasa itulah. Huh..huru-hara kekadang. Apatah lagi kalau mengidam masakan2 yang hanya terdapat di Spura atau Msia.

Masa anak pertama, saya teringin sangat makan Mee HongKong lengkap dengan jeruk cili hijau. Nasib baik TD di Msia Hall lama boleh masakan Mee Canton (akan-akan Mee HK lah) tapi tu jeruk cili hijau tu terpaksa buat sendiri lah. Terpaksa usung botol cili pergi restoran.

Lagi haru apabila nak rasa Mee Siam. Alahai dik! Mana nak dapat mee siam kat London! Lagipun mee siam tu rasanya masakan Nyonya dan tak popular di Msia. Merata-rata restoran Msia dan Indonesia kami cari. Akhirnya dapat di satu restoran Indonesia. Tetapi sayunya! Langsung tak sedap dan tak macam Mee Siam. Geram punya pasal, lepas tu jugak pergi ke Chinatown beli bahan, masak sendiri.

Kali kedua ni lain sikit. Nak sangat makan Dosai dan Rojak India (Pasembor). Dosai tu dah dapat dah. Pasembor tu kena tunggu lah. Leceh (dan malas!) sikit nak bikin. Isyh! Apa pasal lah tak boleh mengidam yang senang-senang sikit? Macam french fries atau kebab ke. Merata boleh dapat.

Nasi Ambeng

Minggu ni pulak terasa sangat nak makan nasi ambeng. Nasi ambeng ni memang tersangatlah fofular di kalangan masyarakat Melayu di Singapura, terutama mereka yang berketurunan Jawa dan Bawean. Kalau ada kenduri, apa lagi? Mesti ada nasi ambeng.

Nasi putih panas dilonggok atas dulang besar beralas daun pisang, dikeliling bermacam lauk-pauk. Hmmm.. sedap betul makan beramai-ramai. Selalunya 4-5 orang bedal satu dulang. Tak payah nak sibuk-sibuk makan pakai sudu garfu, nak hidang lauk pakai pinggan. Terkam saja. Pandai kamu lah nak cekau bahagian masing-masing.

Cari punya cari resepi di internet tapi tak ada yang rasa macam nasi ambeng. Rupa-rupanya nasi ambeng ni pun ada kelainan ikut daerah. Kalau di Malaysia, mesti ada ikan asin bulu ayam, mee hoon goreng, kerabu dan ayam masak kicap. Tapi yang saya ingat dan ketagih lain sikit ~ Kalau ikut macam yang dijual di gerai Joo Chiat Complex, ada sambal goreng kacang panjang, ada paru, ada sotong masak hitam. Tapi tak kira Malaysia ke, Singapura ke, memang nasi ambeng pakai nasi putih, ada berapa macam lauk dan mesti ada serunding!

Jadi inilah Nasi Ambeng versi London :



Kebetulan ada empat buah keluarga member yang nak tengok Man Utd - Liverpool hari ni jadi dapat lah kerahkan tenaga masak beberapa banyak lauk. Siap dengan dulang beralas daun pisang, nasi putih dikeliling serunding, ketam sambal, ayam lemak, timun dan kacang botol dengan sambal belacan dan tak lupa bergedil. Mmmmmmm sedap....

Postscript :
Ketam tu saya masak. Pakai rempah pekdet dahhh... Serunding kelapa tu pun saya masak. Dari asal tu, bukan dari peket. Nak bikin serunding tu betul kena konsentrasi. Kerisik tu manja sikit. Tengah tahap kritikal kawan pulak telefon. Nasib baik serunding tak hangus!

Mari Makan Dhosai

Dosai... Dhosai... Tosei... Dosa...

Mana satu yang betul saya tak tahu. Saya tahu tosei je. Dah lama tak makan ni. Makanan India memang banyak terdapat di London. Sedap-sedap pulak tu. Tetapi selalumya dari daerah Utara. Kalau nak makan naan dan keema memang senang cari. Yang susah cari adalah makanan India dari Selatan seperti uthuppam, idly, tosei, rasam. Nasib baik juga terserempak Chennai Dosa




Wah.. bila masuk je, memang nampak tulin lagi asli. Dari cara susunan kerusi meja, gambar kat dinding, kaunter tempat pesan makan, semua nampak macam tempat makan India di Singapura atau Malaysia. Ramai juga orang Tamil datang makan.

Bila kita teliti menu, senang sangat hati pasal harganya berpatutan. Dhosai masala hanya £1.99; tak lah £7.50 seperti di Selfridges. Berjela-jela menu. Dhosainya saja nak dekat beberapa jenis. Yang paling menarik ada dhosai saiz keluarga (family size dhosai). Apa lagi? Kita pesan satu dan rupanya macam ni...



Katanya 6 kaki panjang. Sepanjang dua meja. Tiga orang pelayan terpaksa bawa sekaligus.



Dah ambil gambar, apa lagi? Kita bedal lah. Dhosainya ranggup, macam makan kuih kapit sampai penat kunyah. Sambarnya dan kentang masalanya sedap. Ada juga sampingan lain.

Kita juga pesan idli dengan kuah kari kambing yang pekat dan berperisa. Nasi tomatonya lain dari yang lain kerana ada daum kari dan cili kering ditumis sekali. Cuma briyaninya saja yang tak sedap dan tak ada teh tarik. Jadi sesiapa nak makan dhosai 6 kaki, silalah pergi ke Chennai Dosa.

Terkenang Bubur Ayam di Geylang

Lama sudah tidak ke Geylang Serai...

Terngiang-ngiang lagu "Bas no. 13" oleh M Nasir. Dah masuk tiga tahun tak jejak Geylang. Tanya saja orang melayu Singapura. Mesti tahu macam mana nak pergi Geylang. Bukan saja ia menjadi pusat tumpuan waktu puasa dan raya, Pasar Geylang mampu menarik ramai orang sewaktu hujung minggu. Nenek saya dulu suka sangat beli belanja rumah di Geylang walaupun kami tinggal di Yishun.

Alahai, bosan sungguh nak ikut beli barang ni. Kalau kat rumah, boleh jugak tengok kartun. Apatah lagi, bila balik pasar mesti kena tolong kopek udang (tajam!) dan siang taugeh. Rasa macam kena siksa!

Nasib baik dapat upah bubur ayam istimewa. Sedap betul bubur ni. Bukan macam bubur ayam biasa. Bubur tu disiram dengan kuah soto, lengkap dengan ayam disiat dan sambal kicap cili. Tak ingat pulak kedai yang mana ~ cuma yang saya tahu gerai tu betul-betul dalam Pasar Geylang dan terletak kat tepi.

Jadi bila saya dapat rempah soto Dessa ni, saya cuba bikin :



Senang betul nak masak soto kalau rempah dah lengkap. Setakat rebus ayam dan siat. Lepas tu masak bubur. Dah siap, masukkan bubur dalam mangkuk, tambah kuah soto, ayam disiat, telur dadah dihiris, begedil, daun bawang, bawang goreng dan sambal kicap cili. Lebih kurang macam ni lah...



Rasanya? Hmmm.. boleh lah terubat rindu sikit....

Lamanya tak blog....

Minta maaf kalau ada yang bosan. Dah lama betul tak kemaskini. Betul-betul malas dan penat lah..... saya baru tahu ni malas dan penat ada makna. Ada berita gembira. Bukan untuk saya sahaja, tapi untuk tiga rakan lain yang agak serentak juga jadual waktunya.

Hmmm.... selera betul-betul kelakar lah ~ sekejap nak makan asam pedas, sekejap nak makan steak, sekejap nak makan mee siam, sekejap nak makan tosai. Mana nak cari tosai murah kat London? Terpaksa pergi Selfridges Food Court; kena bayar £7.50 untuk satu tosai masala. Mak aii.. macam telan duit. Nasib baik sedap. Kalau tak sedap, mesti dah kena pelempang mama jual tosai tu.

Kalau takat nak makan cekodok (jemput-jemput) tu, senang lah.



Buka pek Cucur Adabi



Bancuh air, bawang, ikan bilis kalau nak sedap



Goreng dan bedal dengan sos cili Linggam. Sehingga menjilat kaki!

Kapal dah masuk....

Ketika cuti Krismas, teman dari Singapura datang ziarah. Kira kapal dah masuk lah... kerana ada buah tangan rempah khas dari Singapura seperti ini :



Segala macam rempah segara dari Adabi. Tak lupa juga kaya kuning kegemaran saya yang tak boleh didapati di sini. Dah cari dah tapi memang tak ada. Ada juga sambal kacang ikan bilis satu balang. Tapi yang paling saya teruja adalah kerana mendapati rempah di bawah ni....



Rempah Dessa! Mengikut putaran jam : rempah Mee Bandung, Rendang, Bonesteak (Tulang) dan Mee Hongkong.

Inilah rempah kegemaran saya. Teramatlah suka sehingga saya pernah tempah nak dekat 30-40 peket dari Singapura untuk disimpan dalam freezer. Ingat nak jadi supplier di U.K. tapi import restrictions untuk bahan makanan susah sikit. Lagipun rempah yang tak pakai bahan pengawet ni tak boleh tahan dipos jarak jauh kalau tak pakai khidmat 24jam DHL atau Fedex. Setiap peket memang cukup makan antara 4-6 orang, mengikut tahap selera lah.

Hari ini, saya masak Mee HongKong atau lebih dikenali dgn nama Mee Canton di Msia. Senang betul. Jerang air dalam kuali, masukkan rempah. Bila mendidih, masuk kan makanan laut seperti bebola ikan, sotong dan udang. Masak hingga mendidih. Masukkan mee kuning atau kway teow. Bila hampir masak, masukkan sayuran. Bancuh tepung jagung yang disediakan dengan air sejuk. Masukkan dan kacau. Sekejap dah pekat dan dah siap!



Tinggal tabur bawang goreng dan cili jeruk jika ada. Apa lagi? Bedal lah. Rempah Mee Hongkong ni, saya juga pernah gunakan sebagai rempah asas goreng sayur ataupun chap chye. Tak payah pakai satu peket; cukup sedikit sahaja. Dalam catitan akan datang, saya akan cuba rempah2 yang lain.

Kalau ada pembaca nak tempah, sila hubungi Dessa Products di telefon talian Singapura (65) 93833 947 atau 9388 4717, talian Msia 012 7172 947 atau e-mel siddaz17@hotmail.com. Pada mereka yang tak tinggal di Spura atau Msia, sila bikin muka kesian kalau ada sahabat-handai nak datang.

Nota : Ni posting tak ditaja oleh pihak Dessa ye? Saya memang betul suka sangatlah kat rempah ni.

Pemasak Hotdog Tak berlesen

Tengok apa saya jumpa di Selfridges...



Halal Jumbo Hotdogs! Isykhh.. dah lama teringin nak makan ni. Dulu banyak penjual hotdog haram di London. Bersepah! Bau bawang digoreng layu memang mengancam. Tapi rata-rata semua hotdog tu tak halal dan penjual semua tak berlesen. Tu lah yang saya katakan mereka ni penjual hotdog haram! Waahahahaha....

Saya pernah cuma menggunakan hotdog biasa tapi macam tak syok. Jadi gembira betullah dapat hotdog sebegini. Bertambah ceria apabila saya membaca senarai bahan2 tertera :





75% daging. Elok lah tu. Kalau jenama biasa selalunya 30-40% daging campuran, 10% lemak atau kulit ayam, lagi 30% -40% ayam mechanically retrieved (ie. segala mcm rangka ayam direbus dan dikisar), pelbagai bahan fillers dan E numbers berjela-jela.

Saya masak simple je. Rebus hotdog, goreng dgn barbecue sauce sekejap dan terus angkat untuk dikepit dgn roti. Bawang goreng layu tak dilupa dan terus dihias dgn mustard dan hotdog.